NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (Versi Inggeris)

Notis Data Peribadi ini (“Notis“) menerangkan bagaimana Fly Studio Sdn Bhd (“FS”) (satu syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dengan alamat perniagaannya di 301A, 2nd Floor, Wisma PNS (Blok C), Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia menggunakan Data Peribadi anda dan adalah patut dibaca dengan terma-terma dan syarat-syarat penggunaan yang sebagaimana ditetapkan oleh FS.
Dengan melantik FS untuk menyediakan perkhidmatan atau dengan berhubung dengan FS sama ada di tempat perniagaan kami, acara kami atau sebaliknya, atau dengan menggunakan laman web FS di http://flystudio.my/ (“Laman Web”) dan/atau dengan menggunakan laman Facebook kami (jika ada), anda bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh FS, dan semua orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan oleh FS, syarikat induk, syarikat subsidiari, syarikat-syarikat berkaitan, syarikat-syarikat bersekutu, dan gabungan FS.
Jika berlaku sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. FS berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemaskinikan di Laman Web. Komuniksasi berterusan dengan FS atau penggunaan berterusan perkhidmatan FS selepas pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, anda dianggap telah menerima pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.

Pengutipan Data Peribadi

Data Peribadi bermaksud maklumat mengenai anda yang telah diberikan oleh anda kepada FS, seperti nama, alamat, nombor telefon, No. KP, alamat e-mel, butir-butir pekerjaan, kehendak peribadi, alamat IP, butir-butir ‘social media’, kehendak kandungan, butir-butir akaun bank, foto and imej, rakaman dan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda yang telah atau akan dikutip, disimpan, digunakan dan diproses oleh FS atau kakitangan FS, syarikat induk, syarikat subsidiari (jika ada), syarikat-syarikat berkaitan, syarikat-syarikat bersekutu, gabungan, pemegang kepentingan, syarikat berkaitan, ejen, kontraktor bebas FS dan pihak ketiga lain yang FS dikaitkan dengan dari semasa ke semasa.

Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada FS secara langsung (iaitu semasa anda berkomunikasi dengan FS dan/atau apabila anda melantik FS untuk memberi perkhidmatan atau sebaliknya), FS juga mungkin mengutip Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada tempat perniagaan kami, sebarang acara atau sebaliknya yang diatur atau ditaja oleh FS, samada secara tunggal atau dalam persatuan/perkongsian dengan mana-mana pihak ketiga, dan/atau dari ‘cookies’ yang digunakan di Laman Web dan/atau melalui laman Facebook FS ini.

Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak berikan Data Peribadi anda, FS tidak mungkin dapat (i) berkomunikasi dengan anda; (ii) menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan atau (iii) mengakses seksyen tertentu pada Laman Web di mana log masuk dikehendaki.

Kami menggunakan ‘cookies’ di Laman Web kami untuk menjejaki pelawat dan pengalaman. Kebanyakan pelayar web yang direka untuk menerima ‘cookies’. Jika anda tidak ingin menerima apa-apa ‘cookies’, anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menolaknya.

Tujuan Pemprosesan

FS boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta dan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan FS yang termasuk, tanpa had:-

(a) untuk berkomunikasi dengan anda dan/atau individu-individu sedemikan yang diperlukan untuk bagi tujuan maksud yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diminta oleh anda;
(b) untuk menyediakan dan menghasilkan karya seni seperti yang dikehendaki oleh anda;
(c) untuk menjawab soalan-soalan dan ulasan daripada anda;
(d) untuk pengesahan dan tujuan pentadbiran dalaman;
(e) untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan kerajaan;
(f) untuk FS mematuhi obligasinya di bawah undang-undang;
(g) yang berkaitan dengan apa-apa prosiding undang-undang atau prosiding undang-undang bakal; dan
(h) untuk menubuhkan, menjalankan atau mempertahankan hak-hak undang-undang FS, dan anda bersetuju dan mengizinkan FS untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda menurut cara sebagaimana yang dikenalpastikan dalam Notis ini.

Tujuan lain

FS boleh juga menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti:-

(a) untuk menghantar bahan-bahan kepada anda seperti surat berita, artikel, penulisan serta pengemaskinian yang lain;
(b) bagi maksud pemulihan bencana; dan
(c) untuk mengedarkan maklumat atau butir-butir acara, pameran, seminar, persidangan dan ceramah yang mungkin menarik minat anda, melalui emel atau surat.

Jika anda tidak bersetuju dengan FS memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang disenaraikan di atas, sila maklum kepada FS dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah.

Pemindahan Data Peribadi

Oleh sebab kemudahan simpanan teknologi maklumat dan ‘server’ mungkin terletak dalam bidang kuasa lain, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia. Selanjutnya, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan keluar dari Malaysia untuk tujuan sebagaimana yang diperihalkan di atas di mana penerbitan dan jurnal berada di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju untuk pemindahan Data Peribadi anda keluar dari Malaysia sebagaimana yang diperihalkan di sini.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

FS boleh melantik syarikat-syarikat, penyedia-penyedia perkhidmatan atau individu-individu lain untuk melaksanakan fungsi bagi pihak FS, dan sebagai akibat boleh menyediakan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga sebagaimana yang disenaraikan di bawah (tidak terhad):-

(a) penyedia-penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT);
(b) penyedia-penyedia perkhidmatan kemasukan data;
(c) penyedia-penyedia kemudahan simpanan;
(d) bank dan institusi kewangan;
(e) penyedia-penyedia insurans;
(f) sebarang penasihat profesional dan juruaudit luar; dan
(g) pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan kerajaan.

Notis ini adalah hanya untuk kepada koleksi dan pengunaan Data Peribadi oleh FS. Ia tidak meliputi laman web pihak ketiga yang mana kami menyediakan ‘link’, walaupun laman web tersebut adalah dipasarkan bersama dengan logo kami. FS tidak akan memberi Data Peribadi anda kepada laman web pihak ketiga. FS tidak akan bertanggungjawab untuk amalan privasi dan kelakuan yang digunakan oleh laman web pihak ketiga, oleh demikian, anda patut membaca polisi privasi mereka sebelum mendedahkan Data Peribadi anda kepada laman web tersebut.

FS tidak akan menjual Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda, tetapi kami tidak akan bertanggungjawab untuk tindakan laman web pihak ketiga di mana anda mungkin diarahkan kepada laman web tersebut.

Akses & Permohonan Pembetulan dan Pertanyaan

Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang diguna pakai, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini memohon akses kepada, atau untuk pembaikan dan pembetulan Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau memohon maklumat lanjut daripada FS dengan menghubungi:-

PEGAWAI DATA PERIBADI
Wee Meng Hee

Alamat:
F-2-3A, Pacific Place Commercial Centre
Jalan PJU 1A/4, Ara Damansara
47301 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

No. Telefon: +6013 816 9791

Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, FS berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan pada Data Peribadi anda atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti apabila pemberian akses kepada adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda.

FS menggunakan perlindungan fizikal, pengurusan and teknikal yang berpatutan dari segi komersil untuk mengekalkan integriti dan keselamatan Data Peribadi anda dan tidak akan dengan sengaja membenarkan akses ke maklumat ini kepada sesiapa di luar FS, selain daripada anda atau seperti yang diterangkan dalam Notis ini. Walau bagaimanapun, FS tidak memastikan atau menjamin keselamatan maklumat yang anda hantar ke FS dan anda hantar maklumat tersebut pada risiko anda sendiri sepenuhnya. Khususnya, FS tidak menjamin bahawa maklumat tersebut tidak boleh diakses, dipinda, dikumpul, disalin, musnah, dijual, didedahkan atau diubahsuai dengan melanggar mana-mana perlindungan fizikal, teknikal atau pengurusan di FS.

Laman Web kami tidak mensasarkan dan tidak bertujuan untuk menarik kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Kami tidak akan dengan sengaja mendapatkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun atau menghantar permintaan kepada mereka untuk data peribadi.

Notis ini adalah tertakluk oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Anda dengan ini menyerah kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia yang tidak eksklusif.